Friday 1 February 2013

Bagaimana Memilih Taska Terbaik Untuk Anak Anda

Memilih taska untuk anak anda adalah keputusan terpenting anda sebagai ibu bapa. Berikut adalah senarai perkara penting yang perlu diberikan perhatian sebelum membuat keputusan tersebut:

Sijil Pengesahan

Lesen taska adalah diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daripada daerah taska tersebut. Memandangkan lesen diberikan kadangkala terkemudian selepas taska beoperasi, adalah penting untuk sekurang-kurangnya memastikan taska tersebut berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Lesen ini seharusnya dipamerkan di premis taska masing-masing.




Gembira, Selamat, Bersih




- Adakah taska tersebut ceria, bersih dan welcoming?

- Adakah peralatan yang digunakan adalah kualiti yang baik, bersih, selamat dan bersesuaian dengan kanak-kanak?

- Adakah terdapat tempat bermain yang selamat dan bersih di luar?

- Jenis makanan yang disediakan dan jam berapa?

- Adakah makanan yang fresh? Bagaimana kekerapan menu bertukar?

- Bolehkah taska menyediakan menu khusus bagi sesetengah kes?

- Adakah kanak-kanak di taska gembira dan bersih?

- Adakah terdapat berbagai kelengkapan / peralatan bermain untuk kanak-kanak? Adakah guru terlibat dalam permainan mereka?

- Adakah guru-guru kelihatan gembira, tenang, berkeyakinan dan presentable?

- Bagaimana ratio guru kepada murid?

Piawaian Lain



- Sijil yang dimiliki oleh guru-guru

- Adakah guru / ibu bapa bekerja secara bersama (partnership) iaitu merekodkan aktiviti dan pencapaian anak-anak?

- Adakah anak akan diassign bersama seseorang guru yang kekal?

- Siapakah main contact yang perlu dihubungi?

- Apakah kos dan kandungannya?

- Lain-lain yang boleh dibincangkan: diet, potty training, disiplin dan lain-lain peraturan taska.

Akhir Sekali

- Adakah anda menyukai lawatan anda?

- Adakah pihak taska telah menjawab semua soalan anda?

- Adakah ia peramah, relaks dan bermaklumat?

- Sekiranya anak anda bersama anda, adakah dia menyukai lawatan tersebut?




Jemput hubungi kami untuk temujanji. 0183165791

Mamahakim

No comments:

Post a Comment